THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 29 July 2011

KENAPA KAK!

kenapa sekarang akak makin jauh dengan eyda yea?> pe salah eyda kak ? dulu kite kerap mesej kak tapi sekarng lngsung tak mesej dah :( eyda rindu akak sangat2 kak! sekarng eyda kesunyian kak! eyda tak de sape ... semua tak pedulikan eyda kak! kalau dulu eyda selalu jgak citer2 pe kat akak .. tapi sekarng eyd nak citer dekat sape ? tak de sape kak :( plez lah kak! eyda nak akak yang dulu! nak jugak! :)

Sunday 24 July 2011

TAK BOLEH TIDUR.

dari semalam aku susah sangat nak tidur..sampai lah pagi .. dada aku makin sakit ! makan ubat yang doc bagi lagi bertambah sakit! susah tol org yg berpenyakit ney! semua org pun naik benci dngan aku asyik2 sakit ! kalau tuhan tarik nyawa aku cepat xde lah aku nyusahkan orang kan ?

Friday 22 July 2011

heppi bufday!

SELAMAT HARI JADI AKAK <3
eda doakan semoga akak pnjang umo,d'mrahkan rezki,sehat2 selalu....eda akan tetap ade kat sisi akak smpai bile2! eyda janji! bile eda dah kerja semua eda kan jaga akak! eda ade akak sorang jew sekarang ney :)eda sayang akak smpai eda hembus nafas terakhir eda kak ! muwah!

(coe late wish...mlm semalam nk wish tpi xlarat.... tgah hari bru bgun :) )


untuk:akak SHARIFAH AINA NATDRAH....

Tuesday 19 July 2011

PAKWE! TOINKTOINK!

cerita pasal pakwe2 ney .. eyda senornya xbrapa nak minat bab2 gini.. bukan pe ? hati eyda tak terbukak untuk laki..sekarang ney kena pikir pasal stdy, kshtan eyda yang tak berapa nak sehat ney... hmm! eyda penah couple bkan tak penah ... dah serik lahh .. yang penting sekrang eyda nak blaja campai berjaya..eyda nak kerja , beli rumah ,beli kereta semua tu baru lah pikir pasal boy2 ney ...hehhe

PERGI HOSPITAL :)

tadi eyda pergi hospital.. macam2 jadi tadi :) heheh! orang yg tak pernah pergi hospital katakan..hahha! pergi masuk bilik doc, dah check semua then doc bagitau yang eyda ........ teng! rahsia deyh :)

Friday 15 July 2011

TREBONGKAR!!

akhirnya ! akhirnya ! terciter jugak aku dekat cikgu sharifah pasal prob aku :) dari A-Z aku citer sampai aku keluarkan air mata jugak lah sebab aku tak tahan gila layan perasaan yang meronta2 untuk keluar ..segala2nya aku citer dekat cikgu! cikgu pun macam nak nanges dengar cerita aku :( cikgu tak putus2 nasihat aku! pe yang cikgu nasihat aku sama macam kak ain aku nasihat kan! kira aku makan jugak lah nsihat dorang uh :) cikgu cakap kalau ade prob leh citer dekat dia .. kalua dia tak buleh tolong sekurang2nya ringan kan beban kat otak aku :) tengs cikgu! cikgu pun ade citer pasak famili dye ... memang aku sedih dngar citer dia! baru aku tau citer sbnarnya! pe2 pun saya tabik dekat ckg sharifah dngan cikgu habsah! korang lah idola saye! :) tengs cikgu2 ku! kamu lah ibu kat sekolah! tengs jgak dekat kat kak ain tak putus2 bgi nsihat , doakan eyda ;) eyda sayang korang smpai bile2! muahh!

MUNTAH DARAH!

dah 2 hari aku muntah mengeluarkan darah yang berwarna merah! (tapi ade ke darah kaler lain) ngee!
aku pun xtau pe sebabnya.. sakit tu memang sakit :( aku bagitau angah rizal and dia suruh aku pergi klinik! memang aku nak pergi tapi aku pikir balik buatnya check2 lepas tu kene duit macam mane ? mane aku nak korek duit ? uihhh! lebih baik tak payah pergi lagi bgus! tapi angah suruh aku pergi isnin ney! umm! angah cakap jangan buat ape2 aktiviti dulu tapi hari ahad nei aku ade larian dekat dataran .. pe lah msalah aku ney! macam2 hal! berpenyakit katakan! aku bagitau dekat angah jew and suruh angah jangan bagitau siapa2! kalau bagitau pun bukan dorang hiraukan pun ! heheh

Monday 11 July 2011

hancurrr!

seluruh badan aku lemah,lesu!nape yea? sakit dada masih tak berkurang! bila datang sakitnya hanya tuhan jew tau macam mane sakitnya aku rase :( siapa kesah bila aku sakit! mak aku ? haha memang tak lah dia nak kesah! bila aku bagitau jawapannya sebab aku asyik sukan! memang tak lah sebab benda tu .. bila ajak pergi klinik nanti lah pe lah sibuk lah! arghhh! aku siapa yang orang nak sibuk risau2 kan? siapa? ank raja! ank mnteri! eh! tak ade siapa yang peduli arh! aku nak mampos kew ape kew korang kesah pe kan? mati lagi bagus kan? aman lah hdup korang tanpa aku! cam tu kan? eh! aku pun tak kesah lah ... aku tau jaga diri aku seniri! aku sedih korang tau? tau ? aku nangis korang tau ? tak kan! tak kan! sekarang memang aku tak ade siapa! bia ku sorang diri! janji aku tak kacau idup korang! jangan sampai aku jadi budak kurang ajar! jangan sampai aku buat hal!

Wednesday 6 July 2011

MACAM2 JADI!

2 hari lepas eyda ada mimpi yang mengerikan! eyda mimpi eyda kena tarik dengan arwah mak lang eyda ,dia bawak eyda dekat 1 tempat yang gelap.. pnjang lagi mimpi tu tapi eyda dah tak ingat ! eyda sedar2 jew pukul 2 lebih , lepas tu eyda tidur balik eyda mimpi eyda kene lilit dngan ular besar .... :( tapi mama cakap mimpi2 ney tak elok tau.. kbetulan pulak malam yang sama along call mama ,along citer dekat mama yang along mimpi gigi along patah! makna mimpi along tu mungkin antara saudara atau orang yang dekat dngan dye akan mati or mndapat musibah ... ade kew mimpi tu kait rapat dengan mimpi eyda? umm! kunpius jgak ney! lepas tu malam yang sama jugak ade orang india datang rumah then bagi assalammualaikum, pelik gila kowd then dia macam nak bukak solex grill .. eyda terus tendang pintu then orang tu macam nak bukak gril smbil suh buakk pintu! sumpah! lepas ney eyda tunggu mama balik baru eyda balik rumah! hee!

Tuesday 5 July 2011

assalammualaikum :)

aku ade baca artikel tanda2 sakit jantung ! umm tanda2 uh sama macam pe yg aku rase hari2! tak tau lah nak kata pe dah ! risau kugak rasenya! nak bca tak tanda2 nye?

meyh baca ney

Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di negara kita. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius.

1. Sakit dada
Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)
Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.
Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.
Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.
2. Sesak nafas
Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti.Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.
Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.
Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.
3. Bengkak Kaki
Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.
4. Mudah berpeluh
Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.
5. Sering berdebar-debar
Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.
Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.


tanda2 yang 1, 2 ,4 , 5 mmg ade! :(